Sunday, 24 March 2013

Keyakinan Diri


Assalamualaikum..macam mana kita nak bina keyakinan diri???
Ikutlah 7 langkah2 ini..

1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Benteng semangat juang adalah prinsip, falsafah atau moto hidup seseorang. Prinsip atau moto hidup adalah pegangan atau pendirian yang dijadikan sebagai asas seseorang atau sesebuah organisasi panduan atau asas dalam mencapai kejayaan.  Antara prinsip atau moto hidup yang boleh seseorang pegang adalah: 
  • "Saya percaya, saya boleh."
  • "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."
  • "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

Kata-kata motivasi tersebut kesemuanya menyeru kita agar sentiasa sabar serta cekal untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Lebih mantap prinsip atau moto hidup anda maka akan lebih meningkat dan teguhlah keyakinan diri anda. In sya Allah.


2. Tetapkan Matlamat Hidup
Matlamat adalah kompas kehidupan. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuannya. Ketidakpastian inilah yang menyebabkan seseorang mempunyai rendah keyakinan diri.

Oleh itu,
binalah haja tuju dan matlamat yang jelas dalam kehidupan anda.


3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Pelan Tindakan yang jitu bukan sahaja akan membantu dan memudahkan usaha anda untuk mencapai matlamat anda tetapi juga akan meningkatkan keyakinan diri anda. 

Pelan Tindakan yang jitu adalah pelan yang menetapkan matlamat, bila dan bagaimana matlamat-matlamat anda itu harus dicapai.

Pelan Tindakan juga berfungsi membantu memastikan diri anda sentiasa bersedia dan mampu bertindak balas dengan jayanya terhadap apa juga rintangan yang dihadapi dalam mencapai matlamat anda.


4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu

Amalan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa.  Pengetahuan atau ilmu-ilmu baru ini akan meningkatkan keyakinan dan keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa.

Antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ilmu anda ialah dengan membaca buku-buku, membaca artikel-artikel, menulis, menghadiri kursus atau seminar, bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan atau membuat lawatan sambil belajar.

5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran

Anda akan lebih yakin diri jika anda mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja anda. Salah satu sebab mengapa seseorang takut / gementar / gugup bercakap di hadapan audiens misalnya ialah kerana mereka kurang atau tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi tentang bagaimana berucap dengan berkesan di hadapan audiens.

Salah satu cara berkesan untuk mengatasi kegugupan, ketakutan atau ketidakyakinan ini ialah dengan mempelajari secara bersungguh-sungguh setiap aspek pengucapan awam  sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu sebati dalam diri anda. Pendekatan begini, boleh anda gunakan untuk apa juga  bidang.



6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri

Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga akan lebih cergas; minda juga akan turut menjadi cergas.

Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan menjadi lemah serta fikiran menjadi kusut -  diri dan minda menjadi kurang bermaya. Keadaan begini sudah pasti akan menjejaskan keyakinan diri kita.

Antara perkara-perkara yang mesti kita lakukan secara berterusan untuk memastikan kesihatan diri kita sentiasa dalam keadaan baik ialah dengan berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan kita, kualiti tidur / rehat (6-8) jam sehari serta mengamalkan pergerakan badan / senaman setiap hari (10 minit - 2 Jam).

7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri
Anda akan lebih yakin diri jika anda sentiasa dapat membuat penampilan diri yang terbaik. Memelihara ketrampilan diri bererti juga anda menjaga kesihatan dan kekemasan diri anda,  menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya.

In sya Allah.  Semoga langkah-langkah serta tip-tip yang saya nyatakan di atas berkesan untuk kita semua.

Monday, 18 March 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Teks tersebut telah direka dan dibaca oleh seorang fasilitator semasa kem motivasi sekolah dalam modul muhasabah diri.. Tujuannya nak bagi budak-budak sekolah ni sedar akan pengorbanan mak dan bapak diorang.. kesan daripada modul ini..hampir kesemua budak-budak ini menangis sebab diorang dapat rasa..hayati..dan selami apa yang cuba disampaikan. haha..macam mana modul ini dijalankan?? first..mata diorang kena tutup..pastu lampu dimatikan..semua dalam keadaan gelap gelita dan sunyi.. hanya suara cerita didengari... setelah semua dalam keadaan tenang dan tenteram..maka teks tersebut mula dibaca..

kepada para pembaca...hayati dan selami apa yang cuba disampaikan..sediakan tisu banyak2..hahaha.. selamat membaca :)

 

" Bayangkan, betapa indahnya apabila kita bersama keluarga,

Dengan insan yang paling kita sayang dan kasihi, iaitu ibu dan ayah kita,

Segala kasih sayang sentiasa ibu dan ayah kita curahkan kepada kita,

Mintak sahaja nak apa saja yang kita nak,

Mak, nak duit! Nak duit? Nah mak bagi seringgit, jangan beli benda bukan2 tau. Kita pun terima sahaja, walaupun hakikatnya ia tidak cukup bagi kita. Lalu kita pun pergi dengan muka yang monyok.

Ayah, nak mainan! Dengan muka yang menunjukkan muka sedih, ayah kita tak sampai hati lihat kita, lalu ayah belikan mainan kepada kita, kata ayah “lepas ni main elok2, ayah beli sekali je mainan ni, lepas ni takde dah” . muka yang sedih tadi telah berubah menjadi ceria. Ayah kita pun turut gembira melihat kita ceria.

Tapi tahukah adik2! Duit seringgit yang ibu beri kepada itu, betapa bernilainya ia. Bukan kerana nilainya. Bukan kerana berapa banyak gula2 yang kita mampu beli! Tapi kerana betapa susah payahnya ibu kita untuk mendapatkan duit seringgit itu. Penat lelah. Sakit. Dimaki ketua. Mahupun dicaci sekalipun, ibu tetap tabah untuk mendapatkan seringgit itu. Untuk diberikan kepada kita, bagi memenuhi keinginan kita, yang sering tak putus2 meminta duit kepada ibu kita. Lalu dilemparkan muka yang monyok kepada ibu kita. Adakah ibu kita gembira melihat kita melemparkan muka begitu! Tidak! Tidak! Tidak!, bukan gembira tapi ibu terasa hati akan kita, mereka rasa sedih apabila kita lemparkan muka sedemikian kepada ibu. Tapi apakah ibu melemparkan kepada kita sebagaimana kita melemparkan riak wajah kepada  ibu??! Tidak! Tidak! Tidak! Malahan ibu hanya mampu tersenyum, melihat karenah kita yang seringkali bermasam muka. Demi kita, ibu sanggup berbuat apa sahaja.

Ayah kita pula, apabila ayah membelikan mainan kepada kita, adakah mereka juga turut ceria sama seperti kita ceria? Tidak! Tidak! Tidak! Jauh di lubuk hati ayah mengatakan “tak apalah, asalkan anak ayah ceria”., walaupun pada hakikatnya harga permainan tersebut agak mahal harganya. Ayah seperti terpaksa untuk membelinya, tapi kerana kekuatan kasih sayang daripada ayah itu, perasaan terpaksa itu telahpun lenyap. Demi melihat kita ceria sentiasa. Adakah kita tahu, untuk mendapatkan duit untuk membayar mainan tersebut, ayah kita terpaksa berlapar. Tidak makan sehari, dua hari, tiga hari? Perkara biasa bagi seorang ayah. Bukan saja untuk memenuhi permintaan kita terhadap permainan itu, tapi juga untuk menyara makan minum kita, adik2 kita, akak dan abang kita, membayar bil, bayar sewa rumah, duit pinjaman kereta, dan juga yuran2 sekolah kita. Ah!! Pening! Pening! Itulah perkataan yang bermain di minda ayah kita. Tapi apabila melihat kita ceria bila dapat mainan tadi, segalanya hilang, seakan-akan masalah itu semua lenyap dalam minda ayah. Kasih ayah tiada bandingannya.

Suatu hari, ibu menyuruh kita untuk membeli gula di kedai! Adik! Tolong beli gula kat kedai, mak nak buat air ni. Sedang kita menonton tv, kita pun menjawab, “ala mak, nanti lah mak, adik nak tengok tv”. Ditambah lagi. “ ala mak, asyik2 adik je kena beli, suruhlah orang lain,” satu jawapan yang mudah kita menjawabnya, 1001 alasan kita berikan. Tak pernah kita lari dari memberikan alasan. Di hati ibu, adakah ibu hanya berdiam dan tak berbuat apa. Tidak! Ibu merasa sedih, kerana kita tak buat apa yang ibu suruh. Bukankah taat kepada ibu bapa merupakan suruhan Allah! Cuba renungkan kembali. ibu dengan hati yang agak kecewa, lalu pergi ke kedai sendiri, untuk membeli gula. Dengan kepanasan amat terik, ibu tanpa sebarang alasan, pergi ke kedai untuk meredahi panas itu. Lihatlah adik2! Betapa ibu tidak pernah sekalipun merungut. Tidak seperti kita, yang sentiasa sahaja memberikan alasan, untuk tidak membuat kerja.

Kemudian pulang pula ayah daripada kerja. Ayah duduk di atas sofa. Tersenyum sahaja melihat kita yang sedang khusyuk menonton tv. Ayah berasa lenguh2 badan. Mengurut badannya sendiri. Lalu menyuruh kita untuk mengurut ayah.adik, tolong urut ayah jap, ayah letih lah,. Panggilan pertama kita tidak menjawab, kemudian panggilan kedua barulah kita menjawab ayah. Tapi sayangnya jawapan kita tidak seperti yang ayah kita mahukan. “ayah, ayah urutlah sendiri, adik tengah best tengok kartun ni”. Ayah rasa sedih mendengarnya. Penat. Letih. Tekanan. Mengantuk. Inilah yang dirasai ayah selepas bekerja. Kalau orang lain, bukan sahaja marah, tapi boleh jadi kita dipukul. Tapi bagi ayah kita tidak! Tidak! Tidak sama sekali. Walaupun hakikatnya timbul sedikit marah dalam lubuk hati ayah akibat kepenatan, tapi ayah masih lagi mampu tersenyum, membalas kepada kita. Takpelah adik, ayah suruh mak sajalah nanti. Cuba kita lihat! Adik2! Lihat! Betapa ibu dibebani lagi dengan kerja untuk mengurut ayah, setelah ibu pergi membeli gula di kedai sendiri.

Renungkanlah wahai adik2ku, apakah jasa kita hari ini pada ibu bapa?

Hari jadi kita bakal menyusul pada esok hari, seperti anak2 yang lain, kita juga mahukan hadiah pada hari jadi kita. Mulalah keinginan kita untuk dapatkan hadiah itu. Insan pertama yang kita pergi untuk memint hadiah adalah ibu kita. Ayah, adik nak hadiah boleh? Esok hari jadi adik; ayah terdiam seketika. Tapi tetap melayani kita dengan senyuman. ‘adik nak apa?’ dengan mudah kita menjawab, “adik nak basikal, macam kawan sebelah”. Ayah terdiam sekali lagi. Dalam hati ayah berbisik “sekarang ni baru pertengahan bulan, duit pun sudah nak habis, mana cukup duit nak beli basikal tu.”. Tapi itu bukanlah apa yang ayah katakan kepada. Akan tetapi, ayah berkata. “adik, nanti ayah belikan basikal boleh?”. Jawapan yang amat baik, untuk pujuk hati kita, agar tidak bersedih.

Tapi, lumrah seorang anak. Menangis. Merajuk. Hinggakan tidak mahu pergi ke sekolah esok harinya. Ayah mula pening, tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk kita.

Ibu pun datang memujuk. Tenang raut wajahnya memandang kita sambil berkata, “adik, dengar cakap ayah ye. Nanti2 kita beli ye, kita tak mampu untuk belilah sayang.”. alunan suara yang penuh kasih sayang ibu cuba untuk memujuk kita. Namun kita degil! Kita mengada-ngada! Kerana sebuah basikal, kita sanggup untuk melemparkan muka masam kita kepada ibu bapa. Kita terus masuk ke bilik. Menutup pintu dengan kuat, seperti orang yang sedang marah dan bengang!

Namun, cerita tidak berakhir di situ, ibu bapa kita duduk bersama atas sofa, dan berbincang. Ibu risau akan kita.  Lalu ibu memujuk ayah untuk membelikan basikal sebagai hadiah hari jadi kita. Disebabkan kelembutan ibu, ayah pun mengalah. “baiklah, ayah akan belikan”. Ayah akan gunakan duit simpanan ayah dulu. Ibu pun tersenyum, kerana ibu mampu menyampaikan berita baik kepada kita. Bagi dapatkan hadiah basikal sempena hari jadi kita.

Esok harinya, seperti biasa kita bersiap untuk ke sekolah. Tetapi kita masih bermasam muka kepada ibu bapa kita. Tanda marah kepada mereka kerana tak belikan hadiah basikal kepada kita. Ibu masih dalam keadaan risau. Selepas bersiap, kita terus berlari ke kereta, tanpa berkata apa2 kepada ibu bapa kita. Ibu bertanya, “adik dah makan sayang?”. Kita hanya berdiam sahaja, tidak jawab soalan ibu.

Hari ini hari istimewa bagi kita, ibu pun turut sama ikut untuk menghantar kita ke sekolah. Walaupun pada kebiasaannya hanya ayah yang menghantar kita ke sekolah.

Ibu dan ayah ingin berterus terang kepada kita, untuk beritahu kepada kita. Mereka akan belikan hadiah basikal tersebut. Tetapi, mereka bercadang untuk beritahu setelah sampai ke sekolah nanti.

Tiba di sekolah, dengan tiba2 kita berkata, “ibu ayah tak sayang adik dah!”. Ibu bapa kita terus terdiam seketika. Tanpa bersalam dan mencium ibu bapa, Lalu terus kita membuka pintu kereta dan berlari masuk ke sekolah. banyak kali ibu ayah memanggil kita, untuk beritahu kepada kita hal sebenar. Mereka mahukan belikan hadiah basikal tersebut.

Risau. Sedih. Itulah perasaan ibu bapa kita ketika itu.

Tetapi mereka tetap tabah.

Mereka terus memandu untuk pergi ke kedai basikal. Bagi menghadiahkan kita. Dengan harapan yang amat besar, agar kita dapat ceria kembali seperti biasa. Hanya senyuman kita yang ceria dapat mengubat kerisauan dan kesedihan kita tadi.

Pada tengahari itu, Di sekolah, sedang asyik kita bergelak ketawa dengan rakan2 kita di kelas. Datang guru kelas kita berjumpa kita. cikgu tersebut dengan wajah yang sedih, mengajak kita untuk ikut guru. Kita dengan perasaan pelik bertanya kepada cikgu,”cikgu, cikgu nak bawak saya kemana? cikgu tidak memberitahu tentang perkara yang sebenar. Beliau hanya menjawab, “jom kita pergi jalan2”. Dengan perasaan pelik itu kita hanya mampu ikut saja cikgu kita.

Apabila kereta cikgu berhenti di hadapan hospital, kita rasa pelik dan bertanya lagi, “cikgu, kenapa bawa saya ke hospital?”. Cikgu hanya mampu tersenyum dan terus membawa kita masuk ke hospital.

Di dalam hospital, cikgu membawa kita ke bilik kecemasan.

Kita berasa pelik, mengapa kita dibawa ke bilik itu, adakah kita sakit? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa cikgu hanya senyum dan mengalir air mata semasa bawa kita ke sini?

Inilah soalan yang timbul dalam fikiran kita.

Setelah masuk ke bilik kecemasan tersebut, kita terdengar kumpulan orang membaca yasin.

Datang seorang perempuan memeluk kita dalam keadaan menangis. Itulah makcik kita.

Bila makcik bawa kita ke katil pesakit, apakah yang kita Nampak? Bukan pakcik kita! Bukan mak long kita! Bukan mak ngah kita!

Tetapi merekalah ibu bapa mereka.! Ibu yang telah melahirkan kita, ayah yang telah membesarkan kita! Makcik memberitahu kepada kita bahawa ibu bapa kita telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka kemalangan semasa mereka dalam perjalanan pulang setelah menghantar kita ke sekolah. kita sangka mereka pulang begitu sahaja selepas manghantar kita pulang ke skolah, tapi tidak! Mereka sedang dalam perjalanan untuk membelikan kita hadiah! Yang kita minta2 itu! Yang kita tangisi itu! yang kita sanggup berpaling muka dan marah kepada ibu bapa kerana tidak dapat basikal itu sebgai hadiah hari jadi!

Semasa kita mendekati mereka, kita menangis, menangis dan terus menangis. Puas makcik memujuk kita, tapi tidak berhasil. Lalu, kitapun berkata kepada ibu bapa kita yang sedang terbaring di atas katil pesakit itu, “ibu, ayah! Adik minta maaf!!”. Dan apabila ayat kedua yang ingin kita ucapkan pada mereka, tiba2……………..................................................

Allah lebih menyayangi mereka. Mereka kembali bertemu pencipta. Kita tak sempat untuk ucapkannya.

Dan perkataan terakhir kita yang kita mahu ucapkan kepada ibu bapa kita adalah.

“IBU AYAH, ADIK SAYANGKAN IBU DAN AYAH!!!!!”