Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Teks tersebut telah direka dan dibaca oleh seorang fasilitator semasa kem motivasi sekolah dalam modul muhasabah diri.. Tujuannya nak bagi budak-budak sekolah ni sedar akan pengorbanan mak dan bapak diorang.. kesan daripada modul ini..hampir kesemua budak-budak ini menangis sebab diorang dapat rasa..hayati..dan selami apa yang cuba disampaikan. haha..macam mana modul ini dijalankan?? first..mata diorang kena tutup..pastu lampu dimatikan..semua dalam keadaan gelap gelita dan sunyi.. hanya suara cerita didengari... setelah semua dalam keadaan tenang dan tenteram..maka teks tersebut mula dibaca..
kepada para pembaca...hayati dan selami apa yang cuba disampaikan..sediakan tisu banyak2..hahaha.. selamat membaca :)
" Bayangkan, betapa indahnya apabila kita bersama keluarga,
Dengan insan yang paling kita sayang dan kasihi, iaitu ibu
dan ayah kita,
Segala kasih sayang sentiasa ibu dan ayah kita curahkan
kepada kita,
Mintak sahaja nak apa saja yang kita nak,
Mak, nak duit! Nak duit? Nah mak bagi seringgit, jangan beli
benda bukan2 tau. Kita pun terima sahaja, walaupun hakikatnya ia tidak cukup
bagi kita. Lalu kita pun pergi dengan muka yang monyok.
Ayah, nak mainan! Dengan muka yang menunjukkan muka sedih,
ayah kita tak sampai hati lihat kita, lalu ayah belikan mainan kepada kita,
kata ayah “lepas ni main elok2, ayah beli sekali je mainan ni, lepas ni takde
dah” . muka yang sedih tadi telah berubah menjadi ceria. Ayah kita pun turut
gembira melihat kita ceria.
Tapi tahukah adik2! Duit seringgit yang ibu beri kepada itu,
betapa bernilainya ia. Bukan kerana nilainya. Bukan kerana berapa banyak gula2
yang kita mampu beli! Tapi kerana betapa susah payahnya ibu kita untuk
mendapatkan duit seringgit itu. Penat lelah. Sakit. Dimaki ketua. Mahupun
dicaci sekalipun, ibu tetap tabah untuk mendapatkan seringgit itu. Untuk
diberikan kepada kita, bagi memenuhi keinginan kita, yang sering tak putus2
meminta duit kepada ibu kita. Lalu dilemparkan muka yang monyok kepada ibu
kita. Adakah ibu kita gembira melihat kita melemparkan muka begitu! Tidak!
Tidak! Tidak!, bukan gembira tapi ibu terasa hati akan kita, mereka rasa sedih
apabila kita lemparkan muka sedemikian kepada ibu. Tapi apakah ibu melemparkan
kepada kita sebagaimana kita melemparkan riak wajah kepada ibu??! Tidak! Tidak! Tidak! Malahan ibu hanya
mampu tersenyum, melihat karenah kita yang seringkali bermasam muka. Demi kita,
ibu sanggup berbuat apa sahaja.
Ayah kita pula, apabila ayah membelikan mainan kepada kita,
adakah mereka juga turut ceria sama seperti kita ceria? Tidak! Tidak! Tidak!
Jauh di lubuk hati ayah mengatakan “tak apalah, asalkan anak ayah ceria”.,
walaupun pada hakikatnya harga permainan tersebut agak mahal harganya. Ayah
seperti terpaksa untuk membelinya, tapi kerana kekuatan kasih sayang daripada
ayah itu, perasaan terpaksa itu telahpun lenyap. Demi melihat kita ceria
sentiasa. Adakah kita tahu, untuk mendapatkan duit untuk membayar mainan
tersebut, ayah kita terpaksa berlapar. Tidak makan sehari, dua hari, tiga hari?
Perkara biasa bagi seorang ayah. Bukan saja untuk memenuhi permintaan kita
terhadap permainan itu, tapi juga untuk menyara makan minum kita, adik2 kita,
akak dan abang kita, membayar bil, bayar sewa rumah, duit pinjaman kereta, dan
juga yuran2 sekolah kita. Ah!! Pening! Pening! Itulah perkataan yang bermain di
minda ayah kita. Tapi apabila melihat kita ceria bila dapat mainan tadi,
segalanya hilang, seakan-akan masalah itu semua lenyap dalam minda ayah. Kasih
ayah tiada bandingannya.
Suatu hari, ibu menyuruh kita untuk membeli gula di kedai!
Adik! Tolong beli gula kat kedai, mak nak buat air ni. Sedang kita menonton tv,
kita pun menjawab, “ala mak, nanti lah mak, adik nak tengok tv”. Ditambah lagi.
“ ala mak, asyik2 adik je kena beli, suruhlah orang lain,” satu jawapan yang
mudah kita menjawabnya, 1001 alasan kita berikan. Tak pernah kita lari dari
memberikan alasan. Di hati ibu, adakah ibu hanya berdiam dan tak berbuat apa.
Tidak! Ibu merasa sedih, kerana kita tak buat apa yang ibu suruh. Bukankah taat
kepada ibu bapa merupakan suruhan Allah! Cuba renungkan kembali. ibu dengan
hati yang agak kecewa, lalu pergi ke kedai sendiri, untuk membeli gula. Dengan
kepanasan amat terik, ibu tanpa sebarang alasan, pergi ke kedai untuk meredahi
panas itu. Lihatlah adik2! Betapa ibu tidak pernah sekalipun merungut. Tidak
seperti kita, yang sentiasa sahaja memberikan alasan, untuk tidak membuat
kerja.
Kemudian pulang pula ayah daripada kerja. Ayah duduk di atas
sofa. Tersenyum sahaja melihat kita yang sedang khusyuk menonton tv. Ayah
berasa lenguh2 badan. Mengurut badannya sendiri. Lalu menyuruh kita untuk
mengurut ayah.adik, tolong urut ayah jap, ayah letih lah,. Panggilan pertama
kita tidak menjawab, kemudian panggilan kedua barulah kita menjawab ayah. Tapi
sayangnya jawapan kita tidak seperti yang ayah kita mahukan. “ayah, ayah
urutlah sendiri, adik tengah best tengok kartun ni”. Ayah rasa sedih
mendengarnya. Penat. Letih. Tekanan. Mengantuk. Inilah yang dirasai ayah
selepas bekerja. Kalau orang lain, bukan sahaja marah, tapi boleh jadi kita
dipukul. Tapi bagi ayah kita tidak! Tidak! Tidak sama sekali. Walaupun
hakikatnya timbul sedikit marah dalam lubuk hati ayah akibat kepenatan, tapi
ayah masih lagi mampu tersenyum, membalas kepada kita. Takpelah adik, ayah
suruh mak sajalah nanti. Cuba kita lihat! Adik2! Lihat! Betapa ibu dibebani
lagi dengan kerja untuk mengurut ayah, setelah ibu pergi membeli gula di kedai
sendiri.
Renungkanlah wahai adik2ku, apakah jasa kita hari ini pada
ibu bapa?
Hari jadi kita bakal menyusul pada esok hari, seperti anak2
yang lain, kita juga mahukan hadiah pada hari jadi kita. Mulalah keinginan kita
untuk dapatkan hadiah itu. Insan pertama yang kita pergi untuk memint hadiah
adalah ibu kita. Ayah, adik nak hadiah boleh? Esok hari jadi adik; ayah terdiam
seketika. Tapi tetap melayani kita dengan senyuman. ‘adik nak apa?’ dengan
mudah kita menjawab, “adik nak basikal, macam kawan sebelah”. Ayah terdiam
sekali lagi. Dalam hati ayah berbisik “sekarang ni baru pertengahan bulan, duit
pun sudah nak habis, mana cukup duit nak beli basikal tu.”. Tapi itu bukanlah
apa yang ayah katakan kepada. Akan tetapi, ayah berkata. “adik, nanti ayah
belikan basikal boleh?”. Jawapan yang amat baik, untuk pujuk hati kita, agar
tidak bersedih.
Tapi, lumrah seorang anak. Menangis. Merajuk. Hinggakan
tidak mahu pergi ke sekolah esok harinya. Ayah mula pening, tidak tahu lagi
bagaimana untuk memujuk kita.
Ibu pun datang memujuk. Tenang raut wajahnya memandang kita
sambil berkata, “adik, dengar cakap ayah ye. Nanti2 kita beli ye, kita tak
mampu untuk belilah sayang.”. alunan suara yang penuh kasih sayang ibu cuba
untuk memujuk kita. Namun kita degil! Kita mengada-ngada! Kerana sebuah
basikal, kita sanggup untuk melemparkan muka masam kita kepada ibu bapa. Kita
terus masuk ke bilik. Menutup pintu dengan kuat, seperti orang yang sedang
marah dan bengang!
Namun, cerita tidak berakhir di situ, ibu bapa kita duduk
bersama atas sofa, dan berbincang. Ibu risau akan kita. Lalu ibu memujuk ayah untuk membelikan
basikal sebagai hadiah hari jadi kita. Disebabkan kelembutan ibu, ayah pun
mengalah. “baiklah, ayah akan belikan”. Ayah akan gunakan duit simpanan ayah
dulu. Ibu pun tersenyum, kerana ibu mampu menyampaikan berita baik kepada kita.
Bagi dapatkan hadiah basikal sempena hari jadi kita.
Esok harinya, seperti biasa kita bersiap untuk ke sekolah.
Tetapi kita masih bermasam muka kepada ibu bapa kita. Tanda marah kepada mereka
kerana tak belikan hadiah basikal kepada kita. Ibu masih dalam keadaan risau.
Selepas bersiap, kita terus berlari ke kereta, tanpa berkata apa2 kepada ibu
bapa kita. Ibu bertanya, “adik dah makan sayang?”. Kita hanya berdiam sahaja,
tidak jawab soalan ibu.
Hari ini hari istimewa bagi kita, ibu pun turut sama ikut
untuk menghantar kita ke sekolah. Walaupun pada kebiasaannya hanya ayah yang
menghantar kita ke sekolah.
Ibu dan ayah ingin berterus terang kepada kita, untuk
beritahu kepada kita. Mereka akan belikan hadiah basikal tersebut. Tetapi,
mereka bercadang untuk beritahu setelah sampai ke sekolah nanti.
Tiba di sekolah, dengan tiba2 kita berkata, “ibu ayah tak
sayang adik dah!”. Ibu bapa kita terus terdiam seketika. Tanpa bersalam dan
mencium ibu bapa, Lalu terus kita membuka pintu kereta dan berlari masuk ke
sekolah. banyak kali ibu ayah memanggil kita, untuk beritahu kepada kita hal
sebenar. Mereka mahukan belikan hadiah basikal tersebut.
Risau. Sedih. Itulah perasaan ibu bapa kita ketika itu.
Tetapi mereka tetap tabah.
Mereka terus memandu untuk pergi
ke kedai basikal. Bagi menghadiahkan kita. Dengan harapan yang amat besar, agar
kita dapat ceria kembali seperti biasa. Hanya senyuman kita yang ceria dapat
mengubat kerisauan dan kesedihan kita tadi.
Pada tengahari itu, Di sekolah, sedang asyik kita bergelak
ketawa dengan rakan2 kita di kelas. Datang guru kelas kita berjumpa kita. cikgu
tersebut dengan wajah yang sedih, mengajak kita untuk ikut guru. Kita dengan
perasaan pelik bertanya kepada cikgu,”cikgu, cikgu nak bawak saya kemana? cikgu
tidak memberitahu tentang perkara yang sebenar. Beliau hanya menjawab, “jom
kita pergi jalan2”. Dengan perasaan pelik itu kita hanya mampu ikut saja cikgu
kita.
Apabila kereta cikgu berhenti di hadapan hospital, kita rasa
pelik dan bertanya lagi, “cikgu, kenapa bawa saya ke hospital?”. Cikgu hanya
mampu tersenyum dan terus membawa kita masuk ke hospital.
Di dalam hospital, cikgu membawa kita ke bilik kecemasan.
Kita berasa pelik, mengapa kita dibawa ke bilik itu, adakah
kita sakit? Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa cikgu hanya senyum dan mengalir
air mata semasa bawa kita ke sini?
Inilah soalan yang timbul dalam fikiran kita.
Setelah masuk ke bilik kecemasan tersebut, kita terdengar
kumpulan orang membaca yasin.
Datang seorang perempuan memeluk kita dalam keadaan
menangis. Itulah makcik kita.
Bila makcik bawa kita ke katil pesakit, apakah yang kita
Nampak? Bukan pakcik kita! Bukan mak long kita! Bukan mak ngah kita!
Tetapi merekalah ibu bapa mereka.! Ibu yang telah melahirkan
kita, ayah yang telah membesarkan kita! Makcik memberitahu kepada kita bahawa ibu
bapa kita telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka kemalangan semasa
mereka dalam perjalanan pulang setelah menghantar kita ke sekolah. kita sangka
mereka pulang begitu sahaja selepas manghantar kita pulang ke skolah, tapi
tidak! Mereka sedang dalam perjalanan untuk membelikan kita hadiah! Yang kita
minta2 itu! Yang kita tangisi itu! yang kita sanggup berpaling muka dan marah
kepada ibu bapa kerana tidak dapat basikal itu sebgai hadiah hari jadi!
Semasa kita mendekati mereka, kita menangis, menangis dan
terus menangis. Puas makcik memujuk kita, tapi tidak berhasil. Lalu, kitapun
berkata kepada ibu bapa kita yang sedang terbaring di atas katil pesakit itu,
“ibu, ayah! Adik minta maaf!!”. Dan apabila ayat kedua yang ingin kita ucapkan
pada mereka, tiba2……………..................................................
Allah lebih menyayangi mereka. Mereka kembali bertemu
pencipta. Kita tak sempat untuk ucapkannya.
Dan perkataan terakhir kita yang kita mahu ucapkan kepada
ibu bapa kita adalah.
“IBU AYAH, ADIK SAYANGKAN IBU DAN
AYAH!!!!!”
Terima kasih saudara kerana memudahkan pencarian saya untuk teks sebegini.. Mohon untuk saya gunakan pada murid-murid yang memerlukan stimulasi sedemikian. Tuhan saja mampu membalas jasa tuan.
ReplyDeletemohon utk copy cerita di atas utk kegunaan kem motivasi nanti. terima kasih. May Allah bless you.
ReplyDeleteSungguh menyayukan hati saya yaa saudara Hamizan... kena pergi kedai runcit.. tisu kat rumah da habes.. buat lap tear..
ReplyDeleteTrina ksih..sye mohon untuk copy Japan cerita diatas...sungguh mnyayat hati..semoga murah rezki Dan dipnjngkn umor...(nurul 97)
ReplyDeleteTq cikgu..saya dah gunakan untuk anak murid saya. Menjadi
ReplyDelete