Sunday, 24 March 2013

Keyakinan Diri


Assalamualaikum..macam mana kita nak bina keyakinan diri???
Ikutlah 7 langkah2 ini..

1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Benteng semangat juang adalah prinsip, falsafah atau moto hidup seseorang. Prinsip atau moto hidup adalah pegangan atau pendirian yang dijadikan sebagai asas seseorang atau sesebuah organisasi panduan atau asas dalam mencapai kejayaan.  Antara prinsip atau moto hidup yang boleh seseorang pegang adalah: 
  • "Saya percaya, saya boleh."
  • "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."
  • "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

Kata-kata motivasi tersebut kesemuanya menyeru kita agar sentiasa sabar serta cekal untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Lebih mantap prinsip atau moto hidup anda maka akan lebih meningkat dan teguhlah keyakinan diri anda. In sya Allah.


2. Tetapkan Matlamat Hidup
Matlamat adalah kompas kehidupan. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuannya. Ketidakpastian inilah yang menyebabkan seseorang mempunyai rendah keyakinan diri.

Oleh itu,
binalah haja tuju dan matlamat yang jelas dalam kehidupan anda.


3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Pelan Tindakan yang jitu bukan sahaja akan membantu dan memudahkan usaha anda untuk mencapai matlamat anda tetapi juga akan meningkatkan keyakinan diri anda. 

Pelan Tindakan yang jitu adalah pelan yang menetapkan matlamat, bila dan bagaimana matlamat-matlamat anda itu harus dicapai.

Pelan Tindakan juga berfungsi membantu memastikan diri anda sentiasa bersedia dan mampu bertindak balas dengan jayanya terhadap apa juga rintangan yang dihadapi dalam mencapai matlamat anda.


4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu

Amalan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa.  Pengetahuan atau ilmu-ilmu baru ini akan meningkatkan keyakinan dan keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa.

Antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan ilmu anda ialah dengan membaca buku-buku, membaca artikel-artikel, menulis, menghadiri kursus atau seminar, bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan atau membuat lawatan sambil belajar.

5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran

Anda akan lebih yakin diri jika anda mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja anda. Salah satu sebab mengapa seseorang takut / gementar / gugup bercakap di hadapan audiens misalnya ialah kerana mereka kurang atau tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi tentang bagaimana berucap dengan berkesan di hadapan audiens.

Salah satu cara berkesan untuk mengatasi kegugupan, ketakutan atau ketidakyakinan ini ialah dengan mempelajari secara bersungguh-sungguh setiap aspek pengucapan awam  sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu sebati dalam diri anda. Pendekatan begini, boleh anda gunakan untuk apa juga  bidang.



6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri

Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga akan lebih cergas; minda juga akan turut menjadi cergas.

Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan menjadi lemah serta fikiran menjadi kusut -  diri dan minda menjadi kurang bermaya. Keadaan begini sudah pasti akan menjejaskan keyakinan diri kita.

Antara perkara-perkara yang mesti kita lakukan secara berterusan untuk memastikan kesihatan diri kita sentiasa dalam keadaan baik ialah dengan berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan kita, kualiti tidur / rehat (6-8) jam sehari serta mengamalkan pergerakan badan / senaman setiap hari (10 minit - 2 Jam).

7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri
Anda akan lebih yakin diri jika anda sentiasa dapat membuat penampilan diri yang terbaik. Memelihara ketrampilan diri bererti juga anda menjaga kesihatan dan kekemasan diri anda,  menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya.

In sya Allah.  Semoga langkah-langkah serta tip-tip yang saya nyatakan di atas berkesan untuk kita semua.

1 comment:

  1. Slot machines | DrMCD
    Slot machines & video poker machines at DRMCD - one of 논산 출장안마 the leading 정읍 출장안마 destinations for American poker. Play your favorite games! We offer 공주 출장마사지 slot machines in 공주 출장샵 Las 창원 출장샵 Vegas, NV.

    ReplyDelete