Pengalaman Sekolah Rendah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Di sini aku nak share cerita-cerita dan pengalaman aku masa sekolah rendah dulu-dulu..juz nak kongsi sikit-sikit je la apa yang aku ingat..haha Aku bersekolah di sekolah rendah harian biasa je. Nama sekolah rendah aku, Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Segamat. Jarak dari rumah 8km..tu la je sekolah rendah yang paling dekat dengan rumah aku. Hari-hari pergi sekolah naik motor..bukan aku yang bawak motor..mak aku..bapak aku..yang hantar aku la..haha.hari-hari pergi sekolah turun dari motor..tangan sume sejuk giler..pakai jaket/baju sejuk tebal2..aku pergi sekolah naik motor sampai la aku habis sekolah rendah.darjah enam. Banyak kenangan manis, kenangan pahit yang telah aku lalui bersama-sama kawan-kawan aku..cikgu-cikgu aku masa sekolah rendah dulu.. Aku dulu kat sekolah popular..cikgu-cikgu masa tu semuanya kenal aku..bukan nak kata aku nakal atau jahat tapi..tu la..maybe dengan sikap aku baik..skema masa sekolah dulu..membuatkan aku famous..hahaha.. sampai sekarang cikgu-cikgu masih ingat aku lagi..jangan tak percaya..haha


First, aku nak cerita dulu masa aku masuk darjah satu dulu pada tahun 1999.. masa pertama kali aku jejakkan kaki kat sekolah rendah..aku rasa lain.susah nak cakap la.memang lain la..rasa kat dunia baru..dengan ramai kawan-kawan yang tak kenal..cikgu-cikgu. rasa ditinggalkan mak bapak..dan rasa tengah berseorang diri..tapi sebenarnya aku silap..aku bukan berseorang diri..tapi aku ada kawan-kawan yang teman aku kat sini..hahaha..mcm la duduk asrama..rasa homesick konon.hahaha.. hm..ok la just nak share pengalaman aku kat sekolah..bukan nak cerita hal-hal aku kat sekolah.. straigt to the point.. secara ringkasnya.. masa darjah satu aku tak de la aktif sangat.baru nak menyesuaikan diri dalam alam perekolahan..baru nak belajar membaca dan mengira.semua tu la..haha


Hmm..masa darjah dua pulak..sama je..belajar-belajar..kena marah..kena pukul...tapi bukan sebab aku aku nakal..sebab jawab soalan tak dapat..kesilapan dalam belajar la..biasa la..otak agak lambat sikit haha.. aku ingat lagi..aku kena rotan pakai pembaris plastik.berulang kali dengan lajunya sekali cikgu tu rotan aku.. cikgu matematik..cikgu cina..dia rotan aku sebab tak dapat2 hafal sifir..ishh..memang sakit.haha..time lepas tu aku hafal sifir gila-gila..sampai sekarang aku tak lupa dengan sifir..hahaha..


Masa darjah dua pulak..aku dah mula aktif sikit.. aku buat persembahan mase hari PIBG..tapi bukan aku sorang2..dengan kawan-kawan aku la..haha. kitaorang buat persembahan nyanyi lagu koir..lagu melayu..lagu budak-budak..haha. pastu ad gak buat persembahan koir lagu mandarin..punya la lama kitorang menghafal lirik lagu mandarin.haa..jangan tak percaya..ini cerita betol..aku dulu ada belajar mandarin taw.. kat sekolah rendah aku dulu ada subjek bahasa mandarin..tapi juz belajar sampai darjah tiga je.. apa sebab?? aku tak tahu..aku terima je apa yang aku belajar.haha. so sebenarnya, aku ada basic bahasa mandarin..tapi sekarang aku cuma ingat sikit-sikit je..haha..sebab tak dipraktikan.


Masa darjah tiga pulak..aku dah mula aktif..tiba-tiba je aku telah diberi amanah dan tanggungjawab..aku diberi jawatan..ketua darjah.. cikgu darjah aku lantik aku..dan disokong oleh kawan-kawan kelas aku..aku pun terima je la..dan jalankan tanggungjawab aku sebaik mungkin. Sejak lepas tu aku sstart pakai baju kemeja dangan tali leher warna hijau..begitu sukanya aku masa tu sebab tak pernah-pernah aku pakai tali leher.. Sejak masa tu aku telah mula terjebak dengan kepimpinan..jadi ketua..berat tugas aku..bila time cikgu takde kat kelas..aku kat depan tulis nama siapa bising kat papan hitam..nak pastikan supaya budak-budak diam..dan senyap..aku ingat lagi..memang kelakar la..haha. masa darjah tiga juga, aku masih terlibat dengan buat persembahan..persembahan koir je la..koir mandarin. ada 2, 3 kali tak silap aku wat persembahan mase tahun tu. Bab sukan pulak, aku kat sekolah dulu masuk rumah kuning sampai aku darjah enam..aku masuk lari dalam guni, lumba lari, dan mcm2 sukaneka la.. Rumah kuning masa kat sekolah aku dulu adalah juara rumah sukan berturut-turut..tiap-tiap tahun juara. Aku ingat lagi lagu sorakan rumah sukan aku.. "sambaree..sambariah.. minaminawee.. minaminawaa.. kumpulan kuning... pasti juara..yeaahhhh"..hahaha.


Lepas tu darjah empat pulak, aku naik pangkat..aku dilantik jadi pengawas sekolah..pakai baju warna biru lengan panjang dan tali leher bertukar warna merah..haha. tugas aku biasa-biasa je..sebab baru jadi pengawas junior..juz dengar arahan je la..dan buat kerja ikut arahan. mse darjah tiga juga dah diwajibkan masuk kokurikulum..dua kali sebulan..hari sabtu..kena datang sekolah..ikut aktiviti kokurikulum.. Badan uniform aku masa tu..pengakap..juz pengakap sekolah biasa je..banyak bende jgak aku belajar bila jadi pengakap ni..belajar berbaris..berkawad..terasa lebih berdidiplin. Sukan pulak, aku dah mula masuk pertandingan antara sekolah..aku masuk bola baling, bola tampar..aku ingat lagi..tiap-tiap petang..tiap-tipa cuti sabtu ahad..aku kena datang sekolah berlatih bola. bola tampar masa tu johan peringkat daerah..bola baling??hehe..kalah..haha. Untuk sukan sekolah..aku masuk lompat tinggi dengan lompat jauh..lompat tinggi aku dapat no satu..lompat jauh aku dapat no tiga..haha..jangan tak caye. hmm..mase tu aku ada wat persembahan ke?? aku tak ingat la..rasa macam ada..aku ada buat banyak persembahan time sekolah rendah dulu..tapi buka persembahan solo..haha.. hmm..tak ingat la.. Aku aktif2 pun, pelajaran aku masih tak tinggalkan..


Masa darjah lima, aku still pengawas lagi..tapi tugas aku dah bertambah mencabar sikit.. Aku kena baca doa.. tiap-tiap hari isnin dan jumaat, masa perhimpunan sekolah..aku kena baca doa depan semua orang. perghh..memang pengalaman pertama la..aku diri kat atas pentas pegang mikrofon baca doa..kalo nak ingat kembali memang kelakar..tangan dan kaki aku menggigil masa baca doa..hahaha..biasala tu rasa gementar umtuk pertama kali.. teks doa ada diberi..tapi aku kena hafal teks doa tu..cikgu aku paksa..sebab tu kadang2 aku tegagap2 masa baca doa kat atas pentas..haha. Anyway, itulah pengalaman pertama aku yang aku tak dapat lupakan..huhu. Sukan pulak..aku masih aktif gak, aku join sukan sekolah..bola baling..lompat tinggi aku masih dapat pertahankan kedudukan aku..lompat jauh..hurm..sama lagi..haha. Aku pun mula masuk perbarisan kawad kaki pengakap. Lepas tu, pengalaman yang masih aku ingat lagi..aku join rombongan sekolah ke Cameron Highlands.. Wauu..mse tu aku taksub giler..aku tak pernah lagi jalan-jalan jauh keluar dari negeri johor.. first, sebelum aku join rombongan tu, mak bapak aku tak bagi sebenarnya. diorang risau sangat.. almaklumlah..aku ni la..sorang2 je anak lelaki diorang.. tapi masa tu aku tak putus asa..aku tetap nak pergi jugak..aku tunjukkan semangat tu pada mak bapak dan akhirnya..mak bapak aku lepaskan aku untuk join rombongan sekolah tersebut. Yuran rombongan sebanyak RM240..aku ingat lagi.. Mahalnya..haha


Lepas tu aku pun masuk darjah enam pada tahun 2004, cepatnya masa berlalu..haha. Aku naik pangkat sikit, dari exco agama ke timbalan pengerusi pengawas..dan tugas dan tanggungjawab aku makin berat.. masa tahun tu aku nak ngadap periksa UPSR..tapi aku masih aktif lagi..sebab pencapaian aku dalam kelas alhamdulillah maintain tiap-tiap tahun. Aku masuk macam pertandingan..sukan bola tampar..tiga tahun berturut aku masuk bola tampar..time tu team sekolah aku berjaya masuk peringkat negeri.. bola baling aku tak masuk pertandingan mse tahun tu.. lpas tu aku masuk pertandingan koir peringkat sekolah..koir bahasa inggeris..and then kuiz pendidikan islam. tu sahaja yang aku join untuk darjah enam.. Aku nak focus dengan UPSR aku dan tamatkan pelajaran aku dari sekolah rendah.. Alhamdulillah..aku berjaya lulus dengan cemerlang dalam UPSR.. nak taw resultnya??..hmm.. rahsia peribadi..haha


Sekian sahaja perkongsian pengalaman aku masa sekolah rendah dulu.. Segala apa yang aku cerita ini adalah benar semata-mata mengikut kemapuan daya ingatan aku atas apa yang aku ingat sahaja..hahaha..


Sekian..Assalam.:)

 

1 comment:

  1. Assalamualaikum....Mohon maaf mengganggu di kesempatan ini. Saya adalah pengendali Radio Kampus (UMT.fm). Salah satu slot saya adalah M.O.M - Moment Of Memories yang bersiaran setiap Isnin jam 9.00 malam - 11.00 malam. Minggu ini (8 Feb 2021) isu yang dibawa adalah Kenangan Sekolah Rendah. Justeru saya mohon izin utk kongsikan kenangan tuan di blog tuan untuk ke udara melalui UMT.fm jika tuan tidak keberatan.
    Andai tuan ingin ke udara bersama kami di UMT.fm tuan boleh menghubungi saya secara live pada malam tersebut di talian 01110805744.
    Moga mendapat maklum balas dari tuan.

    ReplyDelete